Wednesday, 9 April 2014

Tutorial Bunga Chrysantimum

Tutorial kali ni juga adalah hasil idea Manuela dari man.uk. Instead of letakkan ja link tutorial asal, saya lebih prefer untuk letakkan tutorial bergambar. Lebih mudah bagi yang baru nak belajar. Tak perlu nak bukak blog banyak bayak :)

Ok, bahan bahan yang diperlukan ialah, gam, lidi, kertas (saya guna kertas 160gsm), dan puncher macam kat bawah ni. Satu puncher yang besar pun dah cukup untuk buat bunga ni (puncher warna kuning tu saiz 1.5').


Menggunakan puncher tadi, kita dapatkan 6 keping bunga seperti di bawah.


Kemudian ambil lidi dan letakkan di tengah kelopak. Tekan kelopak seolah olah hendak membalut lidi. Ulang bagi semua kelopak untuk 6 keping bunga tadi.




Gamkan dua kelopak ini agar tiada ruang kosong yang kelihatan diantara kelopak bunga. Hanya gam pada bahagian tengah bunga sahaja.


Ulang langkah di atas.


Kemudian gamkan bunga bunga yang telah dipasangkan tadi menjadi 1 kuntum bunga.


Akhir sekali , gamkan quilling berbentuk bulatan ini di tengah. Juga boleh digantikan dengan fringed flower utnuklebih cantik.


Untuk lebih cantik, boleh gamkan sekeping bentuk yang sama seperti bunga kita tadi di bahagian bawah bunga yang telah siap. Saya gunakan kertas berwarna hijau (160gsm) untuk buat ia kelihatan seperti daun.


Bunga yang menggunakan fringed flower. Siap! Selamat mencuba :)






No comments:

Post a Comment