Friday 4 April 2014

Keadaan tidak perlu menjawab salam

Nabi berpesan
''SALAM QABLAL KALAM''
(salam itu sebelum perkataan)

Salam yang paling sempurna ialah
''ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH''
(dalam salam tiada perkataan 'taala'!)

Terdapat beberapa keadaan di mana kita tidak perlu untuk menjawab salam:

1. Bilamana kita yakin bahawa yang memberi salam itu ialah orang bukan islam. Jika mahu menjawab juga, cukup sekadar 'waalaikum'

2. Salam ketika dalam solat jemaah. Ketika anda solat jemaah, orang di kiri dan kanan anda memberi salam, tidak perlu jawab. (kalau jawab , batal solat anda nanti. Mana boleh bercakap dalam solat :-))

3. Bilamana seseorang itu menyebut perkataan lain dahulu sebelum memberi salam. (ini merujuk pada pesanan nabi seperti dinyatakan di atas). Seringkali berlaku di dalam pengucapan di majlis-majlis, penyampai memulakan ucapan bukan dengan salam sebaliknya dengan perkataan lain seperti 'bismillah'. Maka salam itu tidak perlu dijawab.

4. Tidak perlu menjawab salam ketika di dalam tandas atau dalam keadaan qada hajat. Keluar dari tandas dahulu jika mahu  menjawab salam.

5. Ketika khatib sedang membaca khutbah.

6. Apabila salam dipermainkan. Contohnya apabila ada yang menggunakan salam untuk mengorat atau mengusik seperti ' tak jawab salam dosa'.

-Ust Abu Hassan Din Al Hafiz

No comments:

Post a Comment