Wednesday 23 April 2014

Syukur

Bukan semua yang kita suka, yang kita mahu, kita akan dapat.

Bersyukurlah, bergembira dan hargailah dengan apa yang kita ada.

Wednesday 9 April 2014

Tutorial Bunga Chrysantimum

Tutorial kali ni juga adalah hasil idea Manuela dari man.uk. Instead of letakkan ja link tutorial asal, saya lebih prefer untuk letakkan tutorial bergambar. Lebih mudah bagi yang baru nak belajar. Tak perlu nak bukak blog banyak bayak :)

Ok, bahan bahan yang diperlukan ialah, gam, lidi, kertas (saya guna kertas 160gsm), dan puncher macam kat bawah ni. Satu puncher yang besar pun dah cukup untuk buat bunga ni (puncher warna kuning tu saiz 1.5').


Menggunakan puncher tadi, kita dapatkan 6 keping bunga seperti di bawah.


Kemudian ambil lidi dan letakkan di tengah kelopak. Tekan kelopak seolah olah hendak membalut lidi. Ulang bagi semua kelopak untuk 6 keping bunga tadi.




Gamkan dua kelopak ini agar tiada ruang kosong yang kelihatan diantara kelopak bunga. Hanya gam pada bahagian tengah bunga sahaja.


Ulang langkah di atas.


Kemudian gamkan bunga bunga yang telah dipasangkan tadi menjadi 1 kuntum bunga.


Akhir sekali , gamkan quilling berbentuk bulatan ini di tengah. Juga boleh digantikan dengan fringed flower utnuklebih cantik.


Untuk lebih cantik, boleh gamkan sekeping bentuk yang sama seperti bunga kita tadi di bahagian bawah bunga yang telah siap. Saya gunakan kertas berwarna hijau (160gsm) untuk buat ia kelihatan seperti daun.


Bunga yang menggunakan fringed flower. Siap! Selamat mencuba :)






Friday 4 April 2014

Doa

Jika berdoa, berdoalah dengan bersungguh-sungguh.

Doa yang bersungguh-sungguh, tiada ditolak oleh Allah.

Sedangkan doa iblis yang minta dipanjangkan umur juga diperkenankan. Mengapa kita hendak putus asa dalam berdoa?

'Beribadahlah kepada tuhanmu seperti mana kamu berhajat kepadanya'

Penyakit risau

Sikap mudah risau boleh membawa kepada penyakit migrain dan beberapa penyakit lain.

Risau ini berkait rapat dengan bahagia. Orang yang selalu risau, susah untuk bahagia.

'risau risau itu dari syaitan, bertenang tenang itu dari Allah'

Kaitan risau dan penyakit

Bila banyak risau:

1. Pembuluh darah akan menjadi sempit seterusnya membawa kepada penyakit darah tinggi. Oksigen kurang dibawa ke otak menyebabkan migrain.

2. Urat belakang menjadi tegang dan menyebabkan sakit belakang.

3. Asid dalam perut dirembes dengan banyak menyebabkan ulser dalam perut.

-Prof Muhaya

Jom! Jangan risau-risau! ;-)
Risau menunjukkan kita tidak yakin dengan Allah.

Tutorial quilling: Daun Ireland

Tutorial ini saya ambil dari blog Manuela (manuk.ro). Banyak tutorial yang menarik dan best di blog Manuela ni. ;) Boleh rujuk tutorial asal di sini. Actually saya pun tak tahu apa nama sebenar daun ni, tapi sebab daun ni ala-ala lambang Ireland jadi saya panggil Daun Ireland :).

Berikut adalah tutorial yang telah saya lakukan sedikit perubahan. 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut.


Saya gunakan kertas yang beratnya 80gsm  dan menggunakan paper shredder, saya potong kertas menjadi paper strips yang lebarnya 3mm.


Gulung kertas tadi dan dapatkan satu saiz bulatan yang tetap menggunakan pembaris seperti yang ditunjukkan di bawah dan gamkan hujungnya.


Buat bentuk seperti di bawah menggunakan bulatan tadi. kita perlukan 6 bentuk seperti ini untuk satu Daun Ireland yang lengkap.


Gamkan secara berpasangan dengan meletakkan satu strip di tengah. Ulang langkah ini sehingga anda memperoleh 3 bentuk seperti gambar di bawah.


Gamkan ketiga-tiga tangkai tadi.


Siap!

Cadangan hiasan :) Selamat mencuba.

Keadaan tidak perlu menjawab salam

Nabi berpesan
''SALAM QABLAL KALAM''
(salam itu sebelum perkataan)

Salam yang paling sempurna ialah
''ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH''
(dalam salam tiada perkataan 'taala'!)

Terdapat beberapa keadaan di mana kita tidak perlu untuk menjawab salam:

1. Bilamana kita yakin bahawa yang memberi salam itu ialah orang bukan islam. Jika mahu menjawab juga, cukup sekadar 'waalaikum'

2. Salam ketika dalam solat jemaah. Ketika anda solat jemaah, orang di kiri dan kanan anda memberi salam, tidak perlu jawab. (kalau jawab , batal solat anda nanti. Mana boleh bercakap dalam solat :-))

3. Bilamana seseorang itu menyebut perkataan lain dahulu sebelum memberi salam. (ini merujuk pada pesanan nabi seperti dinyatakan di atas). Seringkali berlaku di dalam pengucapan di majlis-majlis, penyampai memulakan ucapan bukan dengan salam sebaliknya dengan perkataan lain seperti 'bismillah'. Maka salam itu tidak perlu dijawab.

4. Tidak perlu menjawab salam ketika di dalam tandas atau dalam keadaan qada hajat. Keluar dari tandas dahulu jika mahu  menjawab salam.

5. Ketika khatib sedang membaca khutbah.

6. Apabila salam dipermainkan. Contohnya apabila ada yang menggunakan salam untuk mengorat atau mengusik seperti ' tak jawab salam dosa'.

-Ust Abu Hassan Din Al Hafiz