Bukan semua yang kita suka, yang kita mahu, kita akan dapat.
Bersyukurlah, bergembira dan hargailah dengan apa yang kita ada.
Bukan semua yang kita suka, yang kita mahu, kita akan dapat.
Bersyukurlah, bergembira dan hargailah dengan apa yang kita ada.
Jika berdoa, berdoalah dengan bersungguh-sungguh.
Doa yang bersungguh-sungguh, tiada ditolak oleh Allah.
Sedangkan doa iblis yang minta dipanjangkan umur juga diperkenankan. Mengapa kita hendak putus asa dalam berdoa?
'Beribadahlah kepada tuhanmu seperti mana kamu berhajat kepadanya'
Sikap mudah risau boleh membawa kepada penyakit migrain dan beberapa penyakit lain.
Risau ini berkait rapat dengan bahagia. Orang yang selalu risau, susah untuk bahagia.
'risau risau itu dari syaitan, bertenang tenang itu dari Allah'
Kaitan risau dan penyakit
Bila banyak risau:
1. Pembuluh darah akan menjadi sempit seterusnya membawa kepada penyakit darah tinggi. Oksigen kurang dibawa ke otak menyebabkan migrain.
2. Urat belakang menjadi tegang dan menyebabkan sakit belakang.
3. Asid dalam perut dirembes dengan banyak menyebabkan ulser dalam perut.
-Prof Muhaya
Jom! Jangan risau-risau! ;-)
Risau menunjukkan kita tidak yakin dengan Allah.
Nabi berpesan
''SALAM QABLAL KALAM''
(salam itu sebelum perkataan)
Salam yang paling sempurna ialah
''ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH''
(dalam salam tiada perkataan 'taala'!)
Terdapat beberapa keadaan di mana kita tidak perlu untuk menjawab salam:
1. Bilamana kita yakin bahawa yang memberi salam itu ialah orang bukan islam. Jika mahu menjawab juga, cukup sekadar 'waalaikum'
2. Salam ketika dalam solat jemaah. Ketika anda solat jemaah, orang di kiri dan kanan anda memberi salam, tidak perlu jawab. (kalau jawab , batal solat anda nanti. Mana boleh bercakap dalam solat :-))
3. Bilamana seseorang itu menyebut perkataan lain dahulu sebelum memberi salam. (ini merujuk pada pesanan nabi seperti dinyatakan di atas). Seringkali berlaku di dalam pengucapan di majlis-majlis, penyampai memulakan ucapan bukan dengan salam sebaliknya dengan perkataan lain seperti 'bismillah'. Maka salam itu tidak perlu dijawab.
4. Tidak perlu menjawab salam ketika di dalam tandas atau dalam keadaan qada hajat. Keluar dari tandas dahulu jika mahu menjawab salam.
5. Ketika khatib sedang membaca khutbah.
6. Apabila salam dipermainkan. Contohnya apabila ada yang menggunakan salam untuk mengorat atau mengusik seperti ' tak jawab salam dosa'.
-Ust Abu Hassan Din Al Hafiz