Sunday 7 December 2014

Kak Lin 2014 Year End Blog Giveaway!

azlina-lin.blogspot.com atau Kak Lin merupakan salah seorang 'sifu' yang tidak asing lagi dalam kalangan quiller di Malaysia :)

Saya menganggap Kak Lin sebagai guru pertama saya walaupun tidak pernah berguru secara terus dengan Kak Lin. Masih saya ingat lagi ketika pertama kali mengenali seni quilling, saya begitu teruja untuk memiliki mini shredder, lalu saya menghantar email kepada Kak Lin bertanyakan di mana boleh saya mendapatkan mini shredder. Respon yang baik dari Kak Lin membuatkan saya berasa kagum dengan sikapnya yang sangat membantu dan langsung tidak sombong. Dari saat itu, saya menganggap Kak Lin sebagai guru saya walaupun saya hanya belajar teknik quilling melalui video2 Kak Lin di youtube. Saya percaya, ramai lagi yang turut menjadikan Kak Lin sebagai guru mereka meskipun tidak pernah bersua muka :) Setiap kali ada yang berminat dan mahu berjinak dengan seni quilling , saya takkan lupa untuk mencadangkan mereka singgah di blog Kak Lin :)

Sempena penghujung tahun 2014, Kak Lin berbesar hati menganjurkan 2014 Year End Blog Giveaway!....pemenangnya akan mendapat barang kraf dan hasil tangan Kak Lin seperti dalam gambar di atas. :) ini kali pertama saya sertai Blog Giveaway :) sekadar mencuba.

Semoga Kak Lin terus sukses dan terus menghasilkan produk2 yang kreatif!!!!

p/S: Untuk mengenali Kak Lin dengan lebih lanjut,:

blog: azlina-lin
facebook: Lin-Handmade-Greetings-Card

Thursday 20 November 2014