Friday 10 January 2014

Rukun Solat






  • jika tertinggal rukun solat dan teringat waktu solat, kena ulang balik rakaat tersebut. ulang rakaat yang mana mesti mengikut tertib(kerana tertib adalah salah satu rukun solat).

  • contoh, solat zohor, terlupa rukuk dalam rakaat pertama dan hanya teringat sewaktu sujud di rakaat ketiga, maka perlu bangun dan mula dari rakaat pertama dan selesaikan sehingga rakaat keempat. xboleh assume rakaat kedua menjadi rakaat ketiga dan seterusnya, kerana salah satu rukun solat adalah TERTIB. solat kemudiannya diakhiri dengan sujud sahwi kerana terlupa. maka solat zohor yang dilakukan adalah 7 rakaat dan yang diterima hanyalah 4 rakaat.

  • tertinggal rukun solat tidak boleh digantikan dengan sujud sahwi. ini kerana rukun solat adalah wajib manakala sujud sahwi adalah sunat. sujud sahwi dilakukan atas sebab terlupa. sujud sahwi hanya dilakukan sekali walaupun kita lupa lebih dari sekali.

  • solat tidak boleh diputuskan atau dihentikan dengan saja saja kerana di awal solat kita telah membuat akad dengan Allah. selagi mana ada cara maka solat perlu diteruskan. tidak boleh berhenti sebaik sahaja teringat dan memulakan solat baru. solat harus diteruskan mengikut kaedah yang telah dinyatakan di atas.
 
  • Kenapa Perlu tahu Rukun Solat?

          menurut Syeikh Daud Fatani, dalam kitabnya, Munyatul Musolli, halaman 5: 


syarat sah solat yang keempat  adalah mengetahui bagi seorang yang solat itu kaifiat rukun solat dan sunatnya




Rukun Sembahyang 



1.
BERDIRI BETUL, jika tidak mampu boleh dengan duduk jika tidak mampu juga boleh sembahyang dalam keadaan berbaring.
 
 2.NIAT, dilafazkan sewaktu mengangkat takbiratul ihram.
 
 3.TAKBIRATUL IHRAM, mengucapkan perkataan Allahu Akbar.
 
 4.MEMBACA SURAH AL-FATIHAH, bermula dengan bacaan Bismillah... hinggalah Waladhaallin.
 
 5.RUKUK DENGAN THUMAKNINAH, membongkok 90 darjah.
 
 6.IKTIDAL DENGAN THUMAKNKNAH, berdiri betul selepas rukuk.
 
 7.SUJUD DUA KALI DENGAN THUMAKNINAH, membongkok sehingga dahi berada diparas lantai.
 
 8.DUDUK ANTARA DUA SUJUD DENGAN THUMAKNINAH, duduk sebentar selepas sujud yang pertama.
 
 9.DUDUK BAGI TAHAIYAT AKHIR.
 
10.MEMBACA TAHAIYAT AKHIR.
 
11.MEMBACA SELAWAT, membaca selawat keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.
 
12.MEMBERI SALAM, memalingkan muka kearah kanan dan memberi salam dan diikuti pula sebelah kiri juga dengan salam.
 
13.TERTIB, mengikut aturan, turutan atau urutan seperti yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan. Perkara lain yang dilakukan dalam sembahyang dari rukun ini dinamakan sunat.

"hari ni kita semua pandai ilmu kifayah, tapi hari ni kita tertinggal ilmu fardhu ain"


kita hafal sifir 12 tapi xingat pun rukun solat yang cuma ada 13 perkara serta urutannya. bila ada anak nanti, ajar anak untuk hafal perkara fardhu ain dan sama-sama kita ingat.

"nabi cakap perkara dewasa dengan kanak-kanak"

Bintang Syurga

"Burung burung hijau terbang
ROHKU TENANG MELAYANG.....

Datang datanglah wahai syahid 
dambaan mujahid 
aku relakan sakit yang sedikit
derita hanya semntara
biar aku nestapa
demi bahagia untuk selamanya......"

Monday 6 January 2014

Kepentingan membaca Al Quran

tidak diterima ISLAM melainkan dengan SEMBAHYANG
tidak diterima SEMBAHYANG melainkan dengan BACA AL QURAN....

-hadis nabi-

tak kemana solat tanpa membaca Al quran